13/10/17

Jumpa Anda Lagi!




Disini, kami ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta - peserta Heritage Run yang telah menyertai program kami. Tahniah juga diucapkan kepada pemenang - pemenang Heritage Run 2017. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada penaja - penaja yang telah menjayakan program ini. Terima kasih kerana menyertai! Jumpa anda di masa akan datang nanti!



HERITAGE RUN 2017


Heritage Run 2017







Booth Heritage Run 2017

Berikut adalah hari semasa Pendaftaran peserta untuk mengambil baju dan bib number di Booth Heritage Run di Dataran Pasar Kuala Berang.





7/10/17

Booth Heritage Run 2017



PENDAFTARAN SEHARI SEBELUM LARIAN ADALAH PENGESAHAN PESERTA LARIAN

Jangan lupa untuk datang pada 10 Oktober 2017 sehari sebelum larian untuk pendaftaran dan pengesahan kehadiran, anda akan mendapat race kits (t-shirt dan bib number). Kaunter pendaftaran bagi pengesahan Heritage Run dibuka pada : 



TARIKH : 10 OKTOBER 2017
MASA : 9 PAGI - 5 PETANG
TEMPAT: BOOTH DI DATARAN PASAR KUALA BERANG



28/09/17

Heritage Run 2017

ADAKAH ANDA BERSEDIA RUNNERS?! Dalam 2 minggu SAHAJA lagi! Jumpa anda di Kuala Berang nanti! 


Bagi yang dah mendaftar, sila bawa kad pengenalan untuk mendapatkan Bib Number / Tshirt / Light Refreshment pada 10 Oktober 2017 Sehari Sebelum Larian di Booth Heritage Run 2017 di Dataran Pasar Kuala Berang.


28/08/17

HERITAGE RUN 2017

1.0 PENGENALAN 

Program Heritage Run 2017 merupakan satu usaha untuk mengeratkan tali silaturrahim dan hubungan yang harmoni di antara pihak Politeknik Hulu Terengganu dengan masyarakat. Tugasan ini adalah untuk mendedahkan pelajar Politeknik semester 3, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) dengan masyarakat dan perlu dilaksanakan untuk memastikan setiap anggota masyarakat sedar akan pentingnya amalan bersukan dan kesihatan. Gabungan antara pelbagai lapisan masyarakat seperti remaja dan dewasa dapat memperoleh banyak manfaat dari pelbagai aspek terutamanya dalam pengurusan acara.


2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Melalui aktiviti ini : 

  1. Menggalakkan aktiviti larian atau riadah sebagai satu ibadah dan aktiviti kesihatan.
  2. Menghargai pelancongan warisan dan sejarah Kuala Berang, kesihatan diri dan alam sekitar.
  3. Memenuhi penilaian bagi subjek Event Management ( DTM5033 ) - mendedahkan pelajar dengan pengurusan acara dan operasi.
  4. Melahirkan sikap kerjasama dan hubungan muhibbah antara pelajar DUP3A, Unit Centre Of Technology ( COT ), PHT dan komuniti setempat.
  5. Memupuk ciri - ciri kepimpinan dan kemahiran berpasukan dan berkomunikasi di kalangan pelajar dalam menguruskan acara larian Heritage Run 2017.

3.0 MATLAMAT PROGRAM 

  1. Pelajar dapat mempelajari cara pengurusan acara.
  2. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak Politeknik Hulu Terengganu dengan masyarakat.
  3. Mendapat sambutan daripada pihak masyarakat untuk turut terlibat dalam menjayakan program ini.
  4. Peserta dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin.

4.0 IMPAK PROGRAM

  1. Memenuhi penilaian kerja bagi subjek Event and Operations Management (DTM5033)
  2. Melahirkan pelajar yang dapat menguruskan acara dengan baik.
  3. Mencapai KPI lonjakan 4 PPPMPT : melahirkan graduan TVET yang berkualiti.

5.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat membangunkan sukan di Malaysia khususnya di Hulu Terengganu serta memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar semester 3 - Diploma Pengurusan Pelancongan sesi Jun 2017, Politeknik Hulu Terengganu dalam menguruskan acara sukan larian yang berbentuk kesihatan dan tarikan untuk masyarakat.

Pengalaman dan kemahiran yang diperolehi dapat memantapkan lagi penguasaan dalam bidang berkenaan kepada para pelajar di Politeknik Hulu Terengganu, disamping melatih masyarakat yang seimbang dalam aspek kerohanian, jasmani dan intelektual disamping membina sahsiah diri dan kemahiran insaniah pelajar yang menghormati ketua, semangat kerjasama dalam pasukan, komunikasi, dll.